APA itu kolar biru, dan siapa pula golongan berkolar putih?
Pernah dengar lagu M. Nasir bertajuk Kolar Biru? Begini senikatanya:
Ada orang senang kerja di pejabat
Pergi pagi pulang jam lima tepat
Ada yang kerja makan gaji, dia tak suka
Dia lebih senang berniaga, niaga, niaga, niaga
Kerja, kerja, kerja
Kolar, kolar biru
Aku pekerja kolar biru
Mesen dan jentera jadi, jadi temanku
Aku pekerja kolar biru
Aku tak senang kerja di pejabat
Berpakaian rapi dan bertali leher
Biar debu dan bahang meresap di kulitku
Aku lebih senang menjadi aku, aku, aku
Kerja, kerja, kerja.
Ia mengisahkan tentang perbezaan suasana kerja antara dua golongan iaitu pekerja kolar biru dan kolar putih. “Aku” dalam lagu tersebut lebih gemar bekerja di luar pejabat kerana tidak sebati dengan jiwanya apabila bekerja di pejabat perlu menggunakan tali leher dan berpakaian kemas.
Sedangkan “aku” seorang yang gemar dengan kerja di luar yang menggunakan mesin dan jentera.
Dalam erti kata lain, kolar biru adalah golongan pekerja yang melaksanakan kerja-kerja teknikal dan kemahiran.
Wikipedia memberi tafsiran kolar biru sebagai “pekerja kolar biru merupakan pekerja yang mengerjakan kerja – kerja manual. Ia biasanya berbeza dengan kelas pekerja yang lain seperti pekerja kolar putih dan sebagainya. Pekerja kolar biru biasanya merupakan seorang pekerja mahir dan pekerja tak mahir dan terlibat dalam industri perlombongan, pembinaan, perniagaan, kerja mekanikal, dan kerja-kerja pembaikan”.
Manakala kolar putih mereka yang menjalankan urusan pentadbiran dan pengurusan serta pembikinan dasar.
Mengapa mentaliti masyarakat atau golongan pelajar atau lepasan sekolah masih begitu memandang tinggi terhadap pekerjaan dalam sektor kolar putih?
Mungkin kerana mereka beranggapan gaji kolar putih lebih tinggi dan karektor individu yang suka duduk dalam bilik sejuk.
Tetapi mungkin juga mereka tidak didedahkan tentang gaji yang besar juga boleh diperolehi jika ada kemahiran yang tertentu.
Apatah lagi jika kemahiran itu tidak ramai yang memilikinya. Sudah pasti ramai majikan yang menawarkan gaji yang tinggi untuk mereka seumpama itu.
Golongan kolar birulah yang akan menukar ekonomi negara, sebab itu kita kena galakkan generasi muda memberi perhatian tehadap bidang teknikal sebagai arus perdana dalam pembangunan Negara !!
25-28 Jun 2012 - JTM Robot Challenge merupakan acara tahunan Jabatan Tenaga Manusia yang melibatkan 31 ILJTM diseluruh negara. JTMRC 2012 yang telah berlangsung di ILP Kuala Langat pada 25-28 Jun 2012 menyaksikan 13 pasukan berentap untuk merangkul gelaran Johan untuk kategori Robocon dan 32 pasukan untuk kategori Roborumblez.Keputusan pertandingan Robocon JTM pada kali ini adalah seperti berikut:
Kategori
Robocon (Peng On Dai Gat)
Robo Rumblez
Tempat Pertama
ILP Bukit Katil
ILP Kuala Langat
Tempat Kedua
ILP Kota Bharu
ILP Kuala Langat
Tempat Ketiga
ILP Kuala Langat
JMTI
Tempat Keempat
ILP Mersing
ILP Pasir Gudang
Tahun 2012 juga menyaksikan kebangkitan Pasukan JTM melalui JTM Jebat R.C yang berjaya menduduki tempat ke-3 bersama UTM A dan berjaya memenangi Best Idea Award. Keputusan penuh seperti berikut;-
Keputusan Robocon 2012 adalah
Pertama: Universiti Teknologi Malaysia – UTM B
Kedua: Kolej Kemahiran Tinggi MARA Balik Pulau – KKTMBP Musang King
Ketiga: Universiti Teknologi Malaysia – UTM A dan Institut Latihan Perindustrian Bukit Katil Melaka – JTM Jebat R.C
Award
Best Engineering Award: Universiti Teknologi Malaysia – UTM A
Best Idea Award: Institut Latihan Perindustrian Bukit Katil Melaka – JTM Jebat R.C
Best Design Award: Universiti Teknologi Petronas – SPRINTA
Pada 16- 18 Mei 2011 telah di adakan Pertandingan JTM Robot Challenge di bawah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia.JTM Robot Challenge 2011 dipertandingkan untuk mengalakkan bakat-bakat baru dikalangan pelajar dan pensyarah agar giat aktif dalam arena ini. JTM Robot Challenge 2011 yang lepas mempertandingkan 3 Kategori iaitu RoboRumblez, Robot @ Home dan Padam Robot. Sambutan amat menggalakkan dari ILJTM, sebanyak 52 pasukan dari 18 ILJTM telah mengambil bahagian. 30 pasukan untuk kategori RoboRumblez, 19 pasukan untuk kategori Padam Robot dan 13 Pasukan untuk kategori Robot @ Home. Pemenang utama kategori RoboRumblez dari ILP Kuala Langat, manakala ILP Kota Bharu Johan untuk kategori Padam Robot dan Pasukan ILP Kepala Batas telah mengungguli untuk kategori Robot @ Home. Yang Ironiknya.. Pemenang utama ILP KBPP, ILP KB dan ILP KLS. Semuanya bermula dari Huruf K selepas ILP. Keputusan Penuh adalah seperti berikut :- Kategori Roborumblez Johan : ILP Kuala Langat N.Johan : JMTi Tempat ke-3 : ILP Kepala Batas Kategori Robot Padam Api Johan : ILP KOta Bharu N.Johan : ILP Kuala terengganu Tempat ke-3 : ILP Kuala Langat Kategori Robot@Home Johan : ILP Kepala Batas N.Johan : ILP Ledang Tempat ke-3 : ADTEC Batu Pahat.
REMBAU – “Walaupun sepanjang menyiapkan mesin Robocon ini ada kalanya berlaku letupan kecil, ia tidak sedikit pun mematahkan semangat kami menghasilkan robot terbaik dan menimba pengalaman dalam pertandingan peringkat kebangsaan,” kata pemandu robot automatik Pasukan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuantan, Muhamad Amirul Mohd Rusdan, 20.
Pasukan ILP Kuantan yang berjaya merangkul johan pada JTM Robot Challenge 2013 diwakili 15 pelajar dan enam tenaga pengajar.
Pasukan ini berjaya menewaskan pasukan ILP Bukit Katil yang merupakan pasukan yang berjaya mendapat pengiktirafan sebagai 2nd Runner Up dalam Malaysia Robot Contest (Robocon) tahun lalu.
Amirul berkata, dia dan rakan-rakannya mengambil masa selama tiga bulan untuk menyiapkan robot berkenaan dan sepanjang tempoh berkenaan banyak pengalaman yang diperoleh mereka untuk menghasilkan robot terbaik dan cekap.
“Membina robot bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh itu, kami sentiasa mengutamakan langkah keselamatan lebih-lebih lagi terdapat risiko letupan kecil, renjatan elektrik dan sebagainya.
“Malah, kami juga menggunakan konsep kitar semula bagi mengurangkan perbelanjaan dalam menghasilkan robot ini dan lebih membanggakan lagi robot kami ini berjaya menewaskan robot lain,” katanya pada majlis perasmian penutup program itu, di Dewan Serbaguna ILP Pedas, di sini, kelmarin.
Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Datuk Romli Hassan.
Sementara itu, johan Kategori Roborumblez yang diwakili Ketua Pasukan ILP Kangar, Mohd Tawas Mohd Isa, 21, berkata, pasukannya mengambil masa selama tiga minggu bagi menyediakan mesin bernilai RM15,000 bagi kategori Roborumblez.
Menurutnya, walaupun percubaan itu di saat akhir, namun kesungguhan 18 ahli pasukannya berjaya menghasilkan robot terbaik dan ia sememangnya di luar jangkaan apabila pasukannya dinobatkan sebagai johan kategori itu.
#petikan dari sinar harian online. Keputusan Penuh adalah seperti berikut:- Kategori Roborumblez Johan : ILP Kangar N.Johan : ILP Ledang Tempat ke-3 : ILP Selandar Tempat ke-4 : ILP Selandar Kategori Robocon Johan : ILP Kuantan N.Johan : ILP Bukit Katil Tempat ke-3 : ILP Ledang Tempat ke-4 : ILP Mersing
Merupakan aktiviti tahunan ILJTM (Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia) dalam mencungkil dan membudayakan kreativiti & inovasi agar pelajar dapat mempelajari sesuatu yang lebih menyakinkan daripada aktiviti di dalam kelas.