APA itu kolar biru, dan siapa pula golongan berkolar putih?
Pernah dengar lagu M. Nasir bertajuk Kolar Biru? Begini senikatanya:
Ada orang senang kerja di pejabat
Pergi pagi pulang jam lima tepat
Ada yang kerja makan gaji, dia tak suka
Dia lebih senang berniaga, niaga, niaga, niaga
Pergi pagi pulang jam lima tepat
Ada yang kerja makan gaji, dia tak suka
Dia lebih senang berniaga, niaga, niaga, niaga
Kerja, kerja, kerja
Kolar, kolar biru
Aku pekerja kolar biru
Mesen dan jentera jadi, jadi temanku
Aku pekerja kolar biru
Aku pekerja kolar biru
Mesen dan jentera jadi, jadi temanku
Aku pekerja kolar biru
Aku tak senang kerja di pejabat
Berpakaian rapi dan bertali leher
Biar debu dan bahang meresap di kulitku
Aku lebih senang menjadi aku, aku, aku
Berpakaian rapi dan bertali leher
Biar debu dan bahang meresap di kulitku
Aku lebih senang menjadi aku, aku, aku
Kerja, kerja, kerja.
Ia mengisahkan tentang perbezaan suasana kerja antara dua golongan iaitu pekerja kolar biru dan kolar putih. “Aku” dalam lagu tersebut lebih gemar bekerja di luar pejabat kerana tidak sebati dengan jiwanya apabila bekerja di pejabat perlu menggunakan tali leher dan berpakaian kemas.
Sedangkan “aku” seorang yang gemar dengan kerja di luar yang menggunakan mesin dan jentera.
Dalam erti kata lain, kolar biru adalah golongan pekerja yang melaksanakan kerja-kerja teknikal dan kemahiran.
Wikipedia memberi tafsiran kolar biru sebagai “pekerja kolar biru merupakan pekerja yang mengerjakan kerja – kerja manual. Ia biasanya berbeza dengan kelas pekerja yang lain seperti pekerja kolar putih dan sebagainya. Pekerja kolar biru biasanya merupakan seorang pekerja mahir dan pekerja tak mahir dan terlibat dalam industri perlombongan, pembinaan, perniagaan, kerja mekanikal, dan kerja-kerja pembaikan”.
Manakala kolar putih mereka yang menjalankan urusan pentadbiran dan pengurusan serta pembikinan dasar.
Mengapa mentaliti masyarakat atau golongan pelajar atau lepasan sekolah masih begitu memandang tinggi terhadap pekerjaan dalam sektor kolar putih?
Mungkin kerana mereka beranggapan gaji kolar putih lebih tinggi dan karektor individu yang suka duduk dalam bilik sejuk.
Tetapi mungkin juga mereka tidak didedahkan tentang gaji yang besar juga boleh diperolehi jika ada kemahiran yang tertentu.
Apatah lagi jika kemahiran itu tidak ramai yang memilikinya. Sudah pasti ramai majikan yang menawarkan gaji yang tinggi untuk mereka seumpama itu.
Golongan kolar birulah yang akan menukar ekonomi negara, sebab itu kita kena galakkan generasi muda memberi perhatian tehadap bidang teknikal sebagai arus perdana dalam pembangunan Negara !!
No comments:
Post a Comment